Dalam dunia yang serba canggih ini perhubungan antara manusia telah dipermudahkan oleh kemajuan teknologi.Kita mudah berhubung dengan sesiapa sahaja di mana mana bahagian di dunia ini sama ada melalui telefon, internet, facebook twitter, skype dan lain lain lagi, Alat perhubungan yang boleh dikatakan dimiliki oleh kebanyakan orang ialah telefon tangan atau handset. Dari anak kecil tadika, sekolah rendah , sekolah menengah , Institut Pengajian Tinggi dan orang dewasa semuanya ada telefon tangan atau handset. Kanak kanak sekolah diberi handset oleh ibubapa mereka dengan tujuan supaya anak anak mereka senang menghubungi ibubapa apabila kelas tamat atau kelas tambahan tamat. Walau apapun tujuan pemberian handset itu, ada yang membawa kebaikan dan tak kurang pula yang membawa kecelakaan.
Tak kisahlah tentang itu, tetapi kali ini saya ingin membicarakan tentang anak anak muda dan remaja yang kerap tidak mahu menjawab panggilan telefon, terutama dari keluarga terutama dari ibu atau bapa mereka, Mereka bosan menjawab panggilan itu kerana mereka sudah menduga selalunya panggilan itu akan bertanyakan mereka berada di mana, sudah makan ke belum , sudah buat kerja sekolah atau asignment atau belum. kadang kadang mereka menganggap ini sebagai leteran dan suka tahu hal mereka. Mereka gagal memikirkan sudah menjadi tanggungjawab ibu bapa mereka untuk mengetahui aktiviti mereka. mereka bosan, sungguh bosan dengan panggilan telefon yang sebegini. Oleh itu ramai daripada anak anak mereka termasuk anak saya tidak suka menjawab telefon teritama dari keluarga.Kadang kadang kita terima jawaban ringkas. tengah makan Ni. Atau tengah buat aisngment ni. selalunya panggilan itu tidak dijawab langsung.. Si ibu disebabkan kerisauan terus membuat panggilan tanpa henti. risau kalau tidak mendengar berita dari anak anak mereka.Kadang kadang kesian kepada si ibu selalunya. kerana si ibulah yang kerap menanya khabar jika dibandngkan dengan si bapa.Ramai iui yang memendam rasa dan kecewa dengan sikap anak anak mereka,
Di sini ingin saya mencoretkan satu kisah benar, yang mengundang kekesalan yang amat sangat kepada si anak yang tidak mahu menjawab panggilan telefon ibunya.
Kisah ini berlaku kepada sebuah keluarga seorang ahli politik yang tinggal di taman Sejahtera Lunas Kulim Kedah.Keluarga ini mempunyai beberapa orang anak.Dan salah seorang anaknya baru mendirikan rumahtangganya.Anak ini kerap tidak mahu menjawan panggilan telefon dari ibunya kerana dia anggapkan ibunya sebagai seorang yang penyebuk dan seorang yang suka tahu di mana dia berada. Dia juga menganggap ibunya sebagai seorang pengacau terutamanya kerana dia baru mendirikan rumahtangga.
Pada suatu hari si ibu membuat panggilan kepada anak ini beberapa kali. tetapi tidak dijawab oleh si anak ini. Adik beradik yang lain pun membuat panggilan telefon tetapi satu pun tidak dijawab. Ahli keluarganya tidak berputus asa , masih lagi membuat panggilan telefon tidak berhenti henti selama dua hari berturut turut, Akhirnya mereka putus asa dan tidak membuat panggilan telefon lagi kepada anak lelakinya ini.
Selepas dua hari, baru si anak ini balik ke rumahnya. Di hadapan rumahnya dia mendapti ramai orang berkumpul. maklumlah bapanya adalah seorang ahli politik. Dai nampak ramai orang. Mereka ini berpakaian seolah olah ada jenazah di rumahnya, Dia cepat cepat meluru masuk ke rumah dan dia dapati mayat bapanya terbaring di tengan ruang tamu.Bapanya telah meninggal dunia.
Dia bertanyakan ibunya kenapa tak maklumkan kepadanya. Ibunya menjawab mereka telah cuba menghubunginya berkali kali selama dua hari, tetapi dia tidak menjawab telefon. Ibunya memberitahu bahawa mereka cuba menghubunginya kerana hendak memberi tahu bahawa bapanya telah dimasukkan ke ICU hospital Kulim.Jika sekiranya dia menjawab panggilan telefon itu sudah pasti dia sempat bejumpa dengan bapanya sebelum bapanya menghembuskan nafas yang terakhir. Anak lelalki ini menyesal yang amat sangat. terus dia menghentukkan kepalanya ke dinding berkali kali tanpa henti menunjukkan betapa dia menyesal. Dia terus menghentukkan kepalanya ke diniding tetapi apa gunanya, Kalau dia menangis air mata darah sekali pun, perkara yang terjadi tidak dapat diubah kembali.
Oleh itu wahai anak anak muda di luar sana, jawablah panggilan telefon dari keluarga tidak kira masa dan di mana. terutamanya kalau panggilan telefon itu adalah di masa masa yang tidak diduga. waktu tengah malam ke, awal pagi ke, atau bila bila saja. Jawab telefon agar tidak menyesal yang tidak berkesudahan. Selalulah telefon rumah untuk bertanya khabar. Bukannya mahal sangat satu panggilan telefon kepada ibu bapa jika dibandingkan dengan nilai wang yang ibubapa belanja untuk membiayai pendidikan seseorang anak.telefon lah ibu dan bapa. jangan biarkan mereka ternanti nanti. jangan menyesal . jangan menyesal di kemuadian hari
My Story
Thursday, June 28, 2012
Sunday, June 24, 2012
Petua Semarak Cinta(Dato' Fadzilah Kamsah)
Aspek kehidupsn ysng sering terlepas pandang iaitu Semarakkan Cinta Dalam Rumah Tangga.
1.Bersyukur yang anda mempunyai pasangan sebab ramai lagi yang tidak mempunyai pasangan.
2. Cinta yang murni harus berteraskan iman dan taqwa.
3.Terima dan sayangi pasangan seadanya,tanpa sebarang syarat.
4. Kekalkan sifat sifat positif dan bentuk sifat sifat baru yang disukai atau diharapkan pasangan.
5. Jadikan pasangan kita kawan paling akrab, Ramai pasangan gagal mengamalkan petua ini.
6. Sentiasa memuji dan menghargai pasangan.Pujian daripada pasangan adalah 10kali lebih baik dan berharga dari pujian orang lain.
7. Sentuhan dan belaian sayang amat penting dalam semarakkan cinta. Memang ada magis dalam sentuhan.
8. Membentuk amalan amalan romantis yang dilakukan setiap hari-pelukan,panggilan "sayang", cubit mencubit, baring di ribaan dan berpegangan tangan.
9. Rawat hati dan emosi yang terluka dengan doa.kemaafan dan redha.Cinta mudah pudar akibat luka lama yang belum pulih sepenuhnya.
10. Kenangan manis sebagai 'anchor' atau pencetus memori indah untuk membugarkan cinta.

Perkahwinan Anakku
Anakku bernama Khirol Azuddin Bin Amir Noordin. kini dia berkhidmat sebagai guru Bahasa Inggeris di SMK Seri Tanjung, Benut Pontian Johor. Baru baru ini dia telah melangsungkan perkahwinanya dengan gadis pilihan hatinya Izzaida Fadya Binti Che Ibrahim. Mereka kini bergelar suami isteri yang sah.
Alhamdulilah kedua dua majlis di Sungai Petani dan Kulim Kedah telah berjalan dengan lancar. Pada hemat akulah. Allah telah mengkabulkan segala doaku dan permohonanku yang bersangkut paut dengan urusan perkahwinan itu. Memang urusan perkahwinan bukanlah perkarayang mudah. Ini merupakan pengalaman kami suami isteri untuk kali yang pertama dan terakhir. Kalau bagus pun yang itu dan kalau tak bagus pun yang itu. Kerana kami hanya mempunyai seorang anak.
Dari feedback yang kami dapat, ramai yang memuji majlis yang kami anjurkan Tentulah yang akan disampaikan kepada kami hanyalah yang baik baik saja. Yang tidak baik tidak akan disampaikan kepada kami. Kalau ada mereka akan bercakap di belakang supaya hati kami tidak terguris.Dari apa yang kami dapat ramai yang memuji makanan yang dihidangkan semuanya sedap sedap belaka. Mula dari sajian nasi oleh Jintan Manis Catering sehinggalah ke side cafe yang kami buat. Nasi sedap, lauk sedap, laksa sedap, cucur udang sedap, ais kacang sedap dan bubur pulut hitam pun sedap. Air minuman berbagai perisa, Very 'colourful' dan keadaan kenduri sangat meriah dan ramai tetamu yang hadir. Alhamdu;ilah.
Tetapi aku rasa ada juga yang tidak kena. Bukan semua tetamu dapat doorgift yang kami sediakan kerana ada di antara mereka yang datnag dari belakang manakala kami menuggu tetamu di bahagian hadapan Kesilapankua adalah tidak meminta salah seorang pembantu ku pergi dari meja ke meja dan pastikan semua tetamu dapat. Semua berkumpul di bahagian hadapan menyebab banyak doorgift itu yang tidak dapat disampaikan kepada tetamu. Banyak yang berlebihan.
Seterusnya rombongan pengatin tidak disambut dengan sempurna. Salah aku kerana tidak memberi tugas kepada sanak saudara semasa mereka tiba. Terlalu banyak dalam fikiran sehingga aku lupa untuk memberi taklimat dan memberi tahu tugas tugas kepada mereka..Walaupun ada dalam perancangan tetapi tidak terlaksana.
Aku tidak sempat untuk menyambut dan berbual dengan rombongan pengatin. dan aturcara majlis itu tidak ditaklimatkan kepada pengacara majlis,DJ. Walau bagaimanapun mujur ada adikku Cikgu Noraini dan anak saudaraku Maria dan jiran tetanggaku Izzah dan kakMa yang telah menguruskan hal dibelakang tabir dengan baik sekali. Kepada adik adikku yang yang lain, Halim, Rahim,KakJah, Atan, Nor, Anis, Anne , Akmal, Radzi, Mat Aris. Liza. Norsyamsul dan keluarga mereka aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas segala pertolongan yang dihulur. Ada yang menghulur bantuan wang dan sponsor barang2. makngah sponsor 1000 biji telur. Maria sponsor satu kotak bunga telur. Aini sponsor nasi lemak yang dimakan pada pagi hari kenduri, Nor Atan sponsor dua biji kek dari Sarawak, Halim sponsor 100 biji telur masin. Rahim dan Ros sponsor Tapai yang dibawa khas dari Melaka. Nor Halim sponsor kuih bahulu dan biskut, Jee dari KL sponsor tiga balang kuih dan biskut Oreo yang disalut cokolat.Terima kasih banyak banyak atas sumbangan itu.
Tak kurang juga yang memberi sumbangan wang dan tenaga kerja. Kepada Ali Minah sekeluarga ucapan terima kasih kerana sudi datang dan meminjamkan kereta Cefero untuk dijadikan kereta pengantin. kepada Anwar yang sanggup datang dari Singapore, menyewa hotel selama 4 hari dan bersama sama meraikan majlis perkahwinan anak kami. Budi anda semua akan dikenang sehingga mati
Ucapan terima kasih khas diucapkan kepada Kakma , Adli sekeluarga, Murdipi suami isteri yang juga banyak membantu, Tanpa bantuan mereka susah kami.Ucapan ribuan terima kasih kepada anda semua.Hutang emas boleh dibayar hutang budi dibawa mati.Terima kasih.
Akhir kata sesungguhnya saya sekarang merasa sungguh bersyukur kerana majlis selamat dijalankan tanpa ada perkara yang tidak baik berlaku. Adalah sedikit salah faham adik beradik, tersilap cakap dan terguris hati, Lupakan itu semua,Jadikan majlis kami sebagai pengajaran dan iktibar. Yang baik dijadikan teladan yang tidak baik dijadikan sempadan
Kepada aanakku Khirol Azuddin dan menantuku Izzaida Fadhya, selamat pengantin baru. selamat menempuh alam berumahtangga dengan hati yang tenang dan tabah. Berbincanglah elok elok dalam semua perkara. Belajar menyesuaikann diri dengan kehidupan yang baru ini, Semoga jodoh berkekalan sehingga ke syurga. insyaAllah Abah dan Mama harapkan kamu berdua akan dimurahkan rezeki dan hidup senang di masa hadapan.
Selamat Pengantin Baru..

Saturday, March 31, 2012
Rungsing
Rungsing? Apa itu rungsing? Semua orang pasti pernah dilanda perasaan rungsing.
Kerungsngan akan menyebabkan seseorang itu lupa makan dan minum, fikiran tidak tenteram, tidur tidak lena dan makan tidak terasa makan, Fikran dan perasaan terasa di awangan,
Ada banyak sebab seseorang itu boleh rungsing. Walau apapun kita harus tangani perasaan ini dengan sebaik mungkin. Saya sekarang sangat rungsing. Rungsing serungsing rungsingnya. Banyak persoalan yang bermain di fikran saya.
Ya Allah berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi ini semua. Berikan aku kekuatan dan kesabaran. Biarlah aku kuat untuk menempuh segalanya.Aku bermohon pertolonganMu Ya Allah. Ameen Ameen Ya Rabbal 'alamin

Wednesday, March 28, 2012
Dunia Pekerjaan
Alhamdulilah semua kawan kawan anakku telah mendapat posting. Ada yang bernasib baik mendapat sekolah yang berdekatan dengan rumah, ada yang bernasib baik masih boleh tinggal dengan mak ayah dan ada yang bernasib baik tidak perlu berubah tempat tinggal, masih lagi dapat tinggal dengan orang yang disayangi dan tidak menghadapi masalah masalah yang besar kecuali masalah mengadaptasikan diri dengan dunia pekerjaan.Mereka ini perlu fikirkan betapa susahnya kawan kawan mereka yang terpaksa berhijrah ke tempat yang betul betul asing pada mereka, berhijrah jauh dari sanak saudara, ibu bapa. Ada yang dapat nun jauh di Sabah dan Sarawak , ada yang dapat walau pun di Semenanjung Malaysia atau Malaysia Barat tetapi nun jauh di Utara dan Selatan.Kepada mereka yang dapat posting dekat dengan rumah atau di rumah anda perlu bersyukur banyak banyak kerana Allah SWT telah memberi anda satu laluan mudah dibandingkan dengan kawan kawan yang lain.
Yang dapat jauh dari rumah dan jauh dari negeri tumpah darah , selain menghadapi masalah hendak mencari tempat tinggal, menghadapi masalah pengangkutan hendak ke tempat kerja, menghadapi masalah makan minum, menghadapi masalah wang ringgit mereka juga terpaksa masalah di tempat kerja. Orang yang tinggal dengan ibubapa menghadapi satu masalah sahaja iaitu masalah ditempat kerja, Oleh hadapi segala masalah dengan tabah. Orang yang tinggal dengan mak bapak tak perlu fikir balik sekolah nanti nak makan apa kerana balik rumah saja makanan sudah terhidang. Yang duduk bersendirian kena atur mengatur kedai, hari ini makan dekat kedai ini, hari esok makan dekat kedai itu. Hari ini makan KFCdan hari esok makan maggie,. kalau ada duit tidak mengapa, Kalau yang masih ada ibubapa menghantar duit perbelanjaan bila ketika diminta tidak mengapa. yang tidak mempunyai siapa siapa untuk menghantar wang sebelum mendapat gaji perlu berhutang di sana sini untuk meneruskan hidup bekerja tanpa gaji ini Kalau kita fikirkan kita tidak bernasib baik, ada orang yang lebih tidak bernasib baik. Kalau kita rasa ketidakadilan berlaku kepada kita, orang lain lebih merasa tidak adil.Kenapa ada orang kaya.Kenapa ada orang miskin? Kalau anda kaya anda tidak akan kata Allah tidak adil .tetapi seandainya anda miskin adakah anda tidak akan berkata Allah tidak adil kepada anda> tetapi anda adalah seorang yang beriman. Segalanya ditentukan oleh Allah SWT. Dia yang maha mengetahui dan maha berkuasa. Segalanya yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Oleh itu kepada anak anak yang baru menjawat jawatan guru terimalah segala dugaan dan masalah kerja dengan hati yang tenang, Pohonlah kepada Allah agar Dia mepermudahkan segala urusan anda mendidik anak bangsa.Profesion perguruan begitulah. Di mata luar dia nampak mudah. Kerja separuh hari sahaja.kata mereka.Begitu juga anda, Sebelum menjadi guru anda fikir guru hanya mengajar sahaja. Ajar dan periksa buku. tetapi sekarang anda telah jadi cikgu. Baru tahu rupanya banyak lagi kerja sampingan yang harus dibuat oleh guru. Selain dari mengajar , ada tugas kokurikulum, tugas HEM, tugas pentadbiran, kelas tambahan dan juga ada tugas tugas yang datang dari PPD dan JPN dan Kementerian. Banyak "paper work" dan kerja perkeranian.Kerja guru sekarang telah bertambah. Guru guru penat, Tersangat penat.Tetapi ada setengah pembuat dasar tidak bermula dari guru dan tidak tahu bagaimana teruknya guru. Di samping itu terdapat banyak kementerian semua hendak masuk ke sekolah. Maksud saya mereka hendak buat apa apa program mereka mahu melibatkan sekolah. sehingga kadang kadang progrm ini betul betul mengganggu perjalanan sekolah. Takwin yang disediakan oleh sekolah hancur kerana kemasukan program program ini. Sekolah kena memenuhi kehendak PPD,Kementerian dan agensi lain dan sebilangan orang orang persendirian yang mahu gunakan sekolah sebagai batu loncatan. Walau apa pun itulah keadaan di sekolah, guru guru tertekan dan ada separuh gila dibuatnya. tambahan pula kalau Guru Besar atau Pengetua itu mahu mencari nama, mengejar ganjaran, mengejar pangkat. Semuanya"Ya" kepada pihak atasan. Buat arahan atau dasar sekolah tanpa mempunyai perasaan perihatin dan rasa sayang kepada anak buahnya.Ini akan membuatkan anak buahnya rasa tertekan, tidak suka ke sekolah, tidak suka pada pentadbir dan serba salah. Tidak ada tempat untuk mengadu
.Kepada pentadbir sekolah, jadilah pengurus dan pentadbir yang boleh membimbing dan membantu anak buah terutama yang baru menjejakkan kai ke alam perguruan. Fahamilah mereka. Mereka baru hendak belajar.Di Universiti mereka tidak diajar bagaimana hemdak menjadi setiausaha itu dan ini. Mereka tidak diajar bagaimana hendak jadi ketua Panitia, Sepatutnya guru guru baru tidak diberi jawatan Ketua. Beri peluang keada mereka untuk belajar, Kalau hendak lantik sebagai Ketia pun perlu ada bimbingan, nasihat dan teguran yang berhemah.
Kepada guru guru baru hadapilah keadaan ini dengan tabah . Inilah peluang untuk anda belajar.Tanya ibubapa anda yang pernah menjadi guru. Dan inilah apa yang telah mereka lalui demi mencari rezeki untuk membiayai kehidupan keluarga. Susah payah yang anda lalui sekarang telah mereka lalui.Duit yang mereka guna untuk membiayai kehidupan anda adalah hasil penat lelah yang mereka lalui seperti yang anda lalui sekarang. Cuma mereka tidak menceritakan kesusahan itu kepada anda semua. Susah, memang susah untuk mencari wang,.Sebab itu ada di antara ibubapa selalu berpesan bila anda diberi wang. "Jimat dengan perbelanjaan" sebab mereka susah mencari wang tetapi anda senang mendapat wang kerana minta sahaja akan dapat. Sekarang anda tahu untuk mendapat gaji sebulan anda terpaksa bekerja. Tetapi masa ibubapa susah mencari duit ada mereka cerita susah bekerja? Ada? Cumanya bila anda minta duit mesti anda akan dapat. bagaimana ibubapa mencarinya anda tidak ambil kisah.
Lihatlah betapa sayangnya ibubapa anda kepada anda semua> jangan lupa jasa ibubapa yang telah mendidik dan memelihara anda dari dari tapak kaki sekecil dua jari sehinggalah anda dewasa. Ya itu tangunggjawab mereka tetapi susah payah merea harus dikenang. Semua ibubapa tidak mengharap apa apa balasan, Mereka mahu yang terbaik untuk anak anak mereka.
Akhir kata. laluilah laluan hidup ini dengan penuh kesabaran, kesyukuran, kekuatan dan ketegasan.Belajar menyukai bidang yang anda pilih. Bukan siapa siapa memaksa anda memilih bidang perguruan, Kalau baru dua minggu sudah rasa bosan dengan pekerjaan ini, ini bermakna anda menghadapi satu masalah yang sangat besar. bagaimana anda akan laluinya sehingga lebih kurang 30 tahun lagi.
"You have to love your profession that you choose. It is a noble profession. But remember teaching will never make you a rich man, but the satisfaction is there or will be there when you your students become somebody in society, your students becomes rich and when your students call you "Cikgu" even though they are a "no body" in fact these so not successful students will be the one who will help to carry. your"keranda" because they don't go anywhere but stay in the same village as you are"
Begitu juga kalau ada anak anak yang kurang berjaya dan tidak ke mana mana seperti abang abang mereka. Anak yang tidak berjaya ini, yang tinggal dengan kitalah yang akan sentiasa menjaga kita semasa kita sakit . Anak anak yang berjaya dan jauh tinggal di kota tidak akan sentiasa pulang menjaga kita sewaktu kita sakit kerana sibuk bekerja dan susah mendapat cuti. Beringat ingatlah, Jangan kita hanya menyayangi anak yang berjaya sahaja. Anak anak yang tidak berjaya akan memainkan peranannya nanti. InsyaAllah

Thursday, March 1, 2012
The Power of Love
Love binds parents and child.
Give your child all the love he needs.
Give him care - continuously,consistently. It isssential for his mental development
Give him your time -The hours you spend with him mean more than you will ever imagine
Give him opportunities - . To learn and experience new things.This enriches his mind
Give him encouragement - .In work and play. Do not limit his attempts at exploring, imitating,creating,imagining and constructing.
Give him responsibilities - starting with simple chores. It's a good tarining, and make him feel useful.
Give him the right to be different - He is unique- don't compare him with his brothers or sisters.
Give him praise - For all his achievements. but even more-for all his efforts in trying, even if he fails.
Give him understanding- Consider his age and temperament when you show disapproval. You may reject his behaviour, but never the child.
Give him reassurance-constantly. Never withdraw from him. Or threaten to stern your voice or give him away.
Give him everything he needs.Expect nothing in return.You choose to have him- he did not choose to have you. So teach him respect for elders and filial piety.
THE MORE LOVE YOU GIVE
THE MORE YOU'LL RECEIVE

Friday, February 24, 2012
Cari Rumah lagi
Pada 20Februari 2012 selepas anakku selesai menerima taklimat dari JPN Johor kami terus ke Benut sekali lagi. Terus ke SMK Sri Tanjung kerana guru guru baru diminta melaporkan diri pada hari itu juga.Sesampai kami di SMK Sri Tanjung, sesi sekolah sudah berakhir. Dalam kepenatan anakku bergegas ke Pejabat untuk melaporkan diri. Dia berjumpa dengan Penolong Kanan .Biasalah Penolong Kanan itu tanya macam macam. Boleh ICT ke, boleh main permainan apa, Persatuan apa, Pasukan beruniform apa dan lain lain. Sejurus kemudian anakku turun ke kantin sekolah di mana kami berdua menunggunya. Anakku memberi tahu guru yang diminta tolong cari rumah itu memberi tahu dia tidak dapat mencari rumah, Rumahnya yang diduduki oleh gurgu guru bujang pun sudah penuh. Hatikku sedih dan berfikir di mana agaknya kami hendak bermalam untuk malam itu kerana di Benut memang tidak ada Hotel. Air mataku mula mengalir sedikit demi sedikit. Kesedihan yang amat sangat.
Setelah berhenti seketika untuk menghilangkan penat. kami terus ke kawasan pekan. Ditakdir kami termasuk ke satu lorong dan ternampak sebuah Homestay. kami menuju ke Homestay tersebut dan secara kebetulan penjaga Homestay itu ada di hadapan rumahnya.Kami pun bertanya sama ada HomeStay itu ada penyewa atau tidak, Katanya"Tidak ada". Syukur Alhamdulilah ada tempat untuk kami bermalam untuk malam itu.
Penjaga Homestay itu memanggil Pemilik Homestay itu untuk membincangkan harga sewa. Setelah mendengar masalah kami dia mengenakan sewa sebanyak RM120 dan kami boleh tinggal di situ sehingga kami dapat mencari rumah sewa. Sekali lagi bersyukur kami kepada Allah SWT.Dengan usaha Yati(Penjaga Homestay) dan cikgu Noraini(guru di SRK Sanglang kami berjaya mendapat rumah sewa di Taman Benut Utama . Rumah teres dua tingkat, yang tidak pernah diduduki oleh cikgu Nong Chik(pemilik rumah itu) Anakku dapat duduk rumah yang elok dan selesa. Setelah membersihkan rumah itu kami pun memindahkan barang yang tidak seberapa ke rumah itu. Kami suami isteri dapat bermalam di rumah itu satu malam , Kami berangkat pulang ke Kedah pada 23Februari 2012.Pada hari itu apabila anakku bertolak ke sekolah kami pun bertolak balik.Perjalanan mengambil masa lebih kurang 7.30 jam (7.00 pagi hingga 2.30 petang)

Subscribe to:
Posts (Atom)