Pada tanggal 18 Februari kami sekeluarga bergegas memulakan perjalanan kami ke Selatan sejurus selepas solat Subuh. Kami mula bertolak dari rumah pada jam 6.55 pagi. Berhenti sarapan di RnR Bukit Merah dan berhenti untuk solat Zohor dan makan tengah hari di RnR Sungai Buluh. Ketika itu jam lebih kurang menunjukkan pukul 12 tengah hari dan jika sekiranya hendak ke Melaka ke rumah adikku kami rasa terlalu awal Jadi kami melencong ke kuala Pilah untuk menziarahi kakak angkat suamiku yang akan ke Mekah mengerjakan Umrah, Selepas makan tengah hari sekali lagi kami terus bertolak ke Taman Indah Sungai Udang Melaka.
Kami sudah biasa ke sana, Kali ini anakku bertekad hendak ke sana berdasar tunjuk arah GPS. Malangnya kali ini kami tidak sampai ke destinasi secepat dan setepat yang dijangkakkan.GPS berpusing pusing mencari Jalan 8 Taman Indah Sungai Udang. Bila tak sampai aku telefon adikku bertanyakan arah ke rumahnya, GPS menyesatkan kami. Berdasarkan arahan dari telefon kami akhirnya sampai ke destinasi. Kami hairan mengapa GPS tidak dapat membawa kami ke destinasi kami, Rupa rupanya di Taman Indah itu semua jalan dinomborkan. Ada jalan tujuh, ada jalan 8, ada jalan sembilan. cari cari punya cari jalan 8 memang tidak ada. Sebab itulah GPS membawa kami ke seluruh Melaka dan membawa kami ke Taman yang Salah. Taman Indah juga tetapi di kawasan lain, Taman Indah yang ada jalan nombor 8.
Ini bermakna kita tidak boleh bergantung sepenuhnya pada GPS. GPS boleh menyesatkan kita
Sampai di rumah adikku lebih kurang jam 4 petang. Pada malamnya kami dihidangkan dengan nasi , ayam bakar, ikan bakar, goreng tempe dan masak lemak cili api ikan tenggiri. Selepas makan kami berbual bual
sehingga larut malam, bagun pagi awal dan bertolak ke Benut juga selepas subuh.
Dari Sungai Udang kami berpatah balik dan keluar balik ke Tol Air Keroh. Teruskan perjalanan keluar di susur keluar ke SImpang Renggam.Dari Simpang Renggam ke Benut lebih kurang 18 kilometer. Melalui jalan yang di kelilingi rumah kampung di kiri kanan jalan raya. Rumah kampung agak berjarak dengan pokok pokok kelapa sawit. Suasana nyaman tetapi agak sunyi.
Lebih kurang pukul 12 tengah hari kami sampai di hadapan SMK Sri Tanjung Benut. Sekolah Menengah Gred B. Bersoal jawab dengan pengawal keselamatan sekolah dan dia membawa kami berjumpa dengan seorang guru cikgu Zabariah yang sedang menjalankan program motivasi kepada Pengawas sekolah.
Dapat informasi bahawa sekolah itu memang memerlukan guru Bahasa Inggeris, Dia memberi tahu juga bahawa pelajar pelajar sekolah itu terdiri dari Melayu , India dan Cina. Pelajar pelajar agak nakal tetapi kenakalan mereka dapat dibendung.
Seterusnya kami berusaha untuk mencari rumah sewa. Jenuh pusing beberapa buah Taman Perumahan tetapi tidak nampak pun tanda tanda ada rumah yang hendak disewakan. Fikiran ku rungsing sekali memikirkan di manakah anakku akan tinggal nanti apabila bertugas di Benut.Kami ambil keputusan untuk terus ke Johor Baharu dan menginap di sana kerana keesokan harinya anakku dikehendaki menghadiri taklimat yang akan diberi oleh JPN Johor
(Bersambung)
No comments:
Post a Comment