Pada sebelah petang kami keluar mencari di mana JPN Johor, Tidak jauh dari hotel penginapan kami, Selepas itu kami ke sebuah Mall(lupa namanya) Mencari HQ maxis kerana di Benut hanya boleh dapat maxis.Jjumpa tetapi sebab hari Ahad anakku tidak dapat register. Kami makan MC Donald kerana di Benut tidak ada Mc Donald." Last Mc Donald meal for my son."
Seterusnya kembali ke Hotel. Boring tak tau nak buat apa. minta anakku contact kawannya Aizat. Ingin berjumpa dengan emak Aizat, Kami berjumpa dan berbual bertukar cerita pasal tempat posting anak masing masing. Aizat dapat di Layang Layang. Jalan masuk sangat jauh . 5o kilometer dari Simpang Renggam, jalan ke sekolah melalui kebun kelapa sawit.. kedua dua ibu sangat susah hati mengenangkan nasib anak anak mereka.Kemudian mak Aizat kata dia nak belanja makan di Hotel. Lama menunggu makanan yang dipesan. Sementara itu kami bersembang lagi. Kepada Puan Asmah yang sudi belanja makan, semoga Allah akan murahkan rezekinya lagi. Dia pesara. saya pun pesara.
Esok paginya kami berjumpa di Dewan makan pada jam 7 pagi.Kali ini berjumpa dengan seorang lagi kawan anakku yang bernama Afiq dari Perlis, Dia ke Johor dihantar oleh kedua ibubapanya. berbual tidak panjang kerana guru guru baru ini terpaksa bergegas ke JPN Johor.Mereka dijemput oleh seorang lagi kawan mereka yang merupakan anak jati Johor.
Ibubapa tidak dibenarkan menunggu semasa guru guru ini diberi taklimat. Taklimat mengambil masa yang agak lama dari 8 hingga 1 petang. Lebih kurang 12.30 dapat sms dari anak menyuruh kami berdua menjemputnya di JPN. ke JPN Johor, mujur ada GPS. Kami sampai .
Aku nampak semua guru baru ini tergesa gesa. Mereka kelihatan lapar dan mereka makan" packed lunch" yang diberi oleh JPN JohorKemudian kami sekeluarga terus ke Benut untuk mencari rumah sewa lagi dan anakku dikehendaki melaporkan diri ke SMK Sri Tanjung. Kantin sekola sudah hendak ditutup
Duduk seketika di situ. Sejurus kemudian anak datang. PK menyuruhnya datang lapor diri esok. JPN suruh lapor diri hari ini . Bercanggahkan
Kami terus meronda kawasan Taman perumahan lagi . Tidak ada pun rumah yang mempunyai tanda"Untuk di sewa" Tak ada. Susahlah macam ni kalau hendak cari rumah sewa. Kami bercadang bermalam dihotel tetapi apabila tanya orang mereka kata Benut tidak ada hotel.
Telah ditakdirkan oleh Allah secara kebetulan kami termasuk satu lorong, Di situ kami ternampak sebuah homestay.Homestay Tawakkal. Secara kebetulan pengurus homestay tadi biasa tinggal di Baling. Kami maklumkan bahawa kami mencari rumah sewa untuk anak yang baru dapat posting di Benut. Sementara itu kami mahu menginap di situ. Dia memanggil pemilik homestay dan kami maklumkan tujuan kami, Pemilik homestay itu sangat baik walaupun mukanya pada peringkat awal tidak menggambarkannya . Setelah dia tahu tujuan kami dan mungkin belas melihat keadaan kami dia hanya mengenakan sewa RM 120 untuk kami tinggal di situ sehingga mendapat rumah sewa. Tetapi kalau ada tempahan kami terpaksa keluat. Sewa untuk semalam ialah Rm 120. Kami bersyukur banyak banyak dan mula membawa barangan kami naik ke rumah.
Pada ketika itu ada seorang guru yang baru balik dari sekolah sampai ke situ untuk mengambil annaknya yang ditempatkan dirumah pengurus homestay tadi. Pengurus homestay tadi tanya pada guru itu sama ada dia tahu ada rumah untuk disewakan atau tidak, guru itu cikgu Noraini terus menelefon kawannya yang hendak sewa rumah. Malangnya isterinya masuk hospital pula. Walau bagaimanapun dia janji selepas magrib dia akan contact balik dan beritahu sama ada tuan rumah itu hendak sewakan rumahnya atau tidak. Tinggu lagi kami dengan penuh kerisauan
Tak sabar, dari menunggu dia kami telefon dia dan dia membawa kami pergi tengok keadaan rumah dulu, Rumah okay dan kami bersetuju untuk menyewanya. Dia bagi contact nombor tuan rumah dan menyuruh anakkua bercakap sendiri dengan tuan rumah. Dia maklumkan dia tidak dapat datang hari itu sebab ada kelas tambahan . esok selepas pukul 5 petang baru dia boleh datang dan menyerahkan kunci. Kami terpaksa tunggu lagi di homestay itu sehingga hari esok.
(*Bersambung)
El Cortez Casino and Hotel - Mapyro
ReplyDeleteMapyro: Casino 김천 출장마사지 and Hotel, Reno, Nevada. Hotel 여주 출장마사지 Address: 3100 부천 출장안마 Las Vegas Blvd South, 김포 출장마사지 Las Vegas, NV 89109 천안 출장샵 (702) 298-9696.