Saturday, March 31, 2012

Rungsing

Rungsing? Apa itu rungsing? Semua orang pasti pernah dilanda perasaan rungsing.
Kerungsngan akan menyebabkan seseorang itu lupa makan dan minum, fikiran tidak tenteram, tidur tidak lena  dan makan tidak terasa makan, Fikran dan perasaan terasa di awangan,

Ada banyak sebab seseorang itu boleh rungsing. Walau apapun kita harus tangani perasaan ini dengan sebaik mungkin. Saya sekarang sangat rungsing. Rungsing serungsing rungsingnya. Banyak persoalan yang bermain di fikran saya.

Ya Allah berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi ini semua. Berikan aku kekuatan dan kesabaran. Biarlah aku kuat untuk menempuh segalanya.Aku bermohon pertolonganMu  Ya Allah. Ameen Ameen Ya Rabbal 'alamin

Wednesday, March 28, 2012

Dunia Pekerjaan

Alhamdulilah semua kawan kawan anakku telah mendapat posting. Ada yang bernasib baik mendapat sekolah yang berdekatan dengan rumah, ada yang bernasib baik masih boleh tinggal dengan mak ayah dan ada yang bernasib baik tidak perlu berubah tempat tinggal, masih lagi dapat tinggal dengan orang yang disayangi dan tidak menghadapi masalah masalah yang besar kecuali masalah mengadaptasikan diri dengan dunia pekerjaan.Mereka ini perlu fikirkan betapa susahnya kawan kawan mereka yang terpaksa berhijrah ke tempat yang betul betul asing pada mereka, berhijrah jauh dari sanak saudara, ibu bapa. Ada yang dapat nun jauh di Sabah dan Sarawak , ada yang dapat walau pun di Semenanjung Malaysia  atau Malaysia Barat tetapi nun jauh di Utara dan Selatan.Kepada mereka yang dapat posting dekat dengan rumah atau di rumah anda perlu bersyukur banyak banyak kerana Allah SWT telah memberi anda satu laluan mudah dibandingkan dengan kawan kawan yang lain.

Yang dapat jauh dari rumah dan jauh dari negeri tumpah darah , selain menghadapi masalah hendak mencari tempat tinggal, menghadapi masalah pengangkutan hendak ke tempat kerja, menghadapi masalah makan minum, menghadapi  masalah wang ringgit  mereka juga terpaksa masalah di tempat kerja. Orang yang tinggal dengan ibubapa menghadapi  satu masalah sahaja iaitu masalah ditempat kerja, Oleh hadapi segala masalah dengan tabah. Orang yang tinggal dengan mak bapak tak perlu fikir balik sekolah nanti nak makan apa kerana balik rumah saja makanan sudah terhidang. Yang duduk bersendirian  kena atur  mengatur kedai, hari ini makan dekat kedai ini, hari esok makan dekat kedai itu. Hari ini makan KFCdan  hari esok makan maggie,. kalau ada duit tidak mengapa, Kalau yang masih ada ibubapa menghantar duit perbelanjaan bila ketika diminta tidak mengapa. yang tidak mempunyai siapa siapa untuk menghantar wang sebelum mendapat gaji perlu berhutang di sana sini untuk meneruskan hidup bekerja tanpa gaji ini Kalau kita fikirkan kita tidak bernasib baik, ada orang yang lebih tidak bernasib baik. Kalau kita rasa ketidakadilan berlaku kepada kita, orang lain lebih merasa tidak adil.Kenapa ada orang kaya.Kenapa ada orang miskin? Kalau anda kaya anda tidak akan kata Allah tidak adil .tetapi seandainya anda miskin adakah anda tidak akan berkata Allah tidak adil kepada anda> tetapi anda adalah seorang yang beriman. Segalanya ditentukan oleh Allah SWT. Dia yang maha mengetahui dan maha berkuasa. Segalanya yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Oleh itu kepada anak anak yang baru menjawat jawatan guru terimalah segala dugaan dan masalah kerja dengan hati yang tenang, Pohonlah kepada Allah agar Dia mepermudahkan segala urusan anda mendidik anak bangsa.Profesion perguruan begitulah. Di mata luar dia nampak mudah. Kerja separuh hari sahaja.kata mereka.Begitu juga anda, Sebelum menjadi guru anda fikir guru hanya mengajar sahaja. Ajar dan periksa buku. tetapi sekarang anda telah jadi cikgu. Baru tahu rupanya banyak lagi kerja sampingan yang harus dibuat oleh guru. Selain dari mengajar , ada tugas kokurikulum, tugas HEM, tugas pentadbiran, kelas tambahan dan juga ada tugas tugas yang datang dari PPD dan JPN dan Kementerian. Banyak "paper work" dan kerja perkeranian.Kerja guru sekarang telah bertambah. Guru guru penat, Tersangat penat.Tetapi ada setengah pembuat dasar tidak bermula dari guru dan tidak tahu bagaimana teruknya guru. Di samping itu terdapat banyak kementerian semua hendak masuk ke sekolah. Maksud saya mereka hendak buat apa apa program mereka mahu melibatkan sekolah. sehingga kadang kadang progrm ini betul betul mengganggu perjalanan sekolah. Takwin yang disediakan oleh sekolah hancur kerana kemasukan program program ini. Sekolah kena memenuhi kehendak PPD,Kementerian dan agensi lain dan sebilangan orang orang persendirian yang mahu gunakan sekolah sebagai batu loncatan. Walau apa pun itulah keadaan di sekolah, guru guru tertekan dan ada separuh gila dibuatnya. tambahan pula kalau Guru Besar atau Pengetua itu mahu mencari nama, mengejar ganjaran, mengejar pangkat. Semuanya"Ya" kepada pihak atasan. Buat arahan atau dasar sekolah tanpa mempunyai perasaan perihatin dan rasa sayang kepada anak buahnya.Ini akan membuatkan anak buahnya rasa tertekan, tidak suka ke sekolah, tidak suka pada pentadbir dan serba salah. Tidak ada tempat untuk mengadu

.Kepada pentadbir sekolah, jadilah pengurus dan pentadbir yang boleh membimbing dan membantu anak buah terutama yang baru menjejakkan kai ke alam perguruan. Fahamilah mereka. Mereka baru hendak belajar.Di Universiti mereka tidak diajar bagaimana hemdak menjadi setiausaha itu dan ini. Mereka tidak diajar bagaimana hendak jadi ketua Panitia, Sepatutnya guru guru baru tidak diberi jawatan Ketua. Beri peluang keada mereka untuk belajar, Kalau hendak lantik sebagai Ketia pun perlu ada bimbingan, nasihat dan teguran yang berhemah.

Kepada guru guru baru hadapilah keadaan ini dengan tabah . Inilah peluang untuk anda belajar.Tanya ibubapa anda yang pernah menjadi guru. Dan inilah apa yang telah mereka lalui demi mencari rezeki untuk membiayai kehidupan keluarga. Susah payah yang anda lalui sekarang telah mereka lalui.Duit yang mereka guna untuk membiayai kehidupan anda adalah hasil penat lelah yang mereka lalui seperti yang anda lalui sekarang. Cuma mereka tidak menceritakan kesusahan itu kepada anda semua. Susah, memang susah untuk mencari wang,.Sebab itu ada di antara ibubapa selalu berpesan bila anda diberi wang. "Jimat dengan perbelanjaan" sebab mereka susah mencari wang tetapi anda senang mendapat wang kerana minta sahaja akan dapat. Sekarang anda tahu untuk mendapat gaji sebulan anda terpaksa bekerja.  Tetapi masa ibubapa susah mencari duit ada mereka cerita susah bekerja? Ada? Cumanya bila anda minta duit mesti anda akan dapat. bagaimana ibubapa mencarinya anda tidak ambil kisah.

Lihatlah betapa sayangnya ibubapa anda kepada anda semua> jangan lupa jasa ibubapa  yang telah mendidik dan memelihara anda dari dari tapak kaki sekecil dua jari sehinggalah anda dewasa. Ya itu tangunggjawab mereka tetapi susah payah merea harus dikenang. Semua ibubapa tidak mengharap apa apa balasan, Mereka mahu yang terbaik untuk anak anak mereka.

Akhir kata. laluilah laluan hidup ini dengan penuh kesabaran, kesyukuran, kekuatan dan ketegasan.Belajar  menyukai bidang yang anda pilih. Bukan siapa siapa memaksa anda memilih bidang perguruan, Kalau baru dua minggu sudah rasa bosan dengan pekerjaan ini, ini bermakna anda menghadapi satu masalah yang sangat besar. bagaimana anda akan laluinya sehingga lebih kurang 30 tahun lagi.
"You have to love your profession that you choose. It is a noble profession. But remember teaching will never make you a rich man, but the satisfaction is there or will be there when you your students become somebody in society, your students becomes rich and when your students call you "Cikgu" even though they are a "no body" in fact these so not successful students will be the one who will help to carry. your"keranda" because they don't go anywhere but stay in the same village as you are"

Begitu juga kalau ada anak anak yang kurang berjaya dan tidak ke mana mana seperti abang abang mereka. Anak yang tidak berjaya ini, yang tinggal dengan kitalah yang akan sentiasa menjaga kita semasa kita sakit . Anak anak yang berjaya dan jauh tinggal di kota tidak akan sentiasa pulang menjaga kita sewaktu kita sakit kerana sibuk bekerja dan susah mendapat cuti. Beringat ingatlah, Jangan kita hanya menyayangi anak yang berjaya sahaja. Anak anak yang tidak berjaya akan memainkan peranannya nanti. InsyaAllah

Thursday, March 1, 2012

The Power of Love

Love binds parents and child.
Give your child all the love he needs.
Give him care - continuously,consistently. It isssential for his mental development
Give him your time -The hours you spend with him mean more than you will ever imagine
Give him opportunities - . To learn and experience new things.This enriches his mind
Give him encouragement - .In work and play. Do not limit his attempts at exploring, imitating,creating,imagining and constructing.
Give him responsibilities - starting with simple chores. It's a good tarining, and make him feel useful.
Give him the right to be different - He is  unique- don't compare him with his brothers or sisters.
Give him praise - For all his achievements. but even more-for all his efforts in trying, even if he fails.
Give him understanding- Consider his age and temperament when you show disapproval. You may reject his behaviour, but never the child.
Give him reassurance-constantly. Never withdraw from him. Or threaten to stern your voice or give him away.
Give him everything he needs.Expect nothing in return.You choose to have him- he did not choose to have you. So teach him respect for elders and filial piety.

THE MORE LOVE YOU GIVE
THE MORE YOU'LL RECEIVE