Thursday, June 28, 2012

Akibat Tidak Menjawab Panggilan Telefon

Dalam dunia yang serba canggih ini perhubungan antara manusia telah dipermudahkan oleh kemajuan teknologi.Kita mudah berhubung dengan sesiapa sahaja di mana mana bahagian di dunia ini sama ada melalui telefon, internet, facebook twitter, skype dan lain lain lagi, Alat perhubungan yang boleh dikatakan dimiliki oleh kebanyakan orang ialah telefon tangan atau handset. Dari anak kecil tadika, sekolah rendah , sekolah menengah , Institut Pengajian Tinggi dan orang dewasa  semuanya ada telefon tangan atau handset. Kanak kanak sekolah diberi handset oleh ibubapa mereka dengan tujuan supaya anak anak mereka senang menghubungi ibubapa apabila kelas tamat atau kelas tambahan tamat. Walau apapun tujuan pemberian handset itu, ada yang membawa kebaikan dan tak kurang pula yang membawa kecelakaan.

Tak kisahlah tentang itu, tetapi kali ini saya ingin membicarakan tentang anak anak muda dan remaja yang kerap tidak mahu menjawab panggilan telefon, terutama dari keluarga terutama dari ibu atau bapa mereka, Mereka bosan menjawab panggilan itu kerana mereka sudah menduga selalunya panggilan itu akan bertanyakan mereka berada di mana, sudah makan ke belum , sudah buat kerja sekolah atau asignment atau belum. kadang kadang mereka menganggap ini sebagai leteran dan suka tahu hal mereka. Mereka gagal memikirkan sudah menjadi tanggungjawab ibu bapa mereka untuk mengetahui aktiviti mereka. mereka bosan, sungguh bosan dengan panggilan telefon yang sebegini. Oleh itu ramai daripada anak anak mereka termasuk anak saya tidak suka menjawab telefon teritama dari keluarga.Kadang kadang kita terima jawaban ringkas. tengah makan Ni. Atau tengah buat aisngment ni. selalunya panggilan itu tidak dijawab langsung.. Si ibu disebabkan kerisauan terus membuat panggilan tanpa henti. risau kalau tidak mendengar berita dari anak anak mereka.Kadang kadang kesian kepada si ibu selalunya. kerana si ibulah yang kerap menanya khabar jika dibandngkan dengan si bapa.Ramai iui yang memendam rasa dan kecewa dengan sikap anak anak mereka,

Di sini ingin saya mencoretkan satu kisah benar, yang mengundang kekesalan yang amat sangat kepada si anak yang tidak mahu menjawab panggilan telefon ibunya.

Kisah ini berlaku kepada sebuah keluarga seorang ahli politik yang tinggal di taman Sejahtera Lunas Kulim Kedah.Keluarga ini mempunyai beberapa orang anak.Dan salah seorang anaknya baru mendirikan rumahtangganya.Anak ini kerap tidak mahu menjawan panggilan telefon dari ibunya kerana dia anggapkan ibunya sebagai seorang yang penyebuk dan seorang yang suka tahu di mana dia berada. Dia juga menganggap ibunya sebagai seorang pengacau terutamanya kerana dia baru mendirikan rumahtangga.

Pada suatu hari si ibu membuat panggilan kepada anak ini beberapa kali. tetapi tidak dijawab oleh si anak ini. Adik beradik yang lain pun membuat panggilan telefon tetapi satu pun tidak dijawab. Ahli keluarganya tidak berputus asa , masih lagi membuat panggilan telefon tidak berhenti henti selama dua hari berturut turut, Akhirnya mereka putus asa dan tidak membuat panggilan telefon lagi kepada anak lelakinya ini.

Selepas dua hari, baru si anak ini balik ke rumahnya. Di hadapan rumahnya dia mendapti ramai orang berkumpul. maklumlah bapanya adalah seorang ahli politik. Dai nampak ramai orang. Mereka ini berpakaian seolah olah ada jenazah di rumahnya, Dia cepat cepat meluru masuk ke rumah dan dia dapati mayat bapanya terbaring di tengan ruang tamu.Bapanya telah meninggal dunia.

Dia bertanyakan ibunya kenapa tak maklumkan kepadanya. Ibunya menjawab mereka telah cuba menghubunginya berkali kali selama dua hari, tetapi dia tidak menjawab telefon. Ibunya memberitahu bahawa mereka cuba menghubunginya kerana hendak memberi tahu bahawa bapanya telah dimasukkan ke ICU hospital Kulim.Jika sekiranya dia menjawab panggilan telefon itu sudah pasti dia sempat bejumpa dengan bapanya sebelum bapanya menghembuskan nafas yang terakhir. Anak lelalki ini menyesal yang amat sangat. terus dia menghentukkan kepalanya ke dinding berkali kali tanpa henti menunjukkan betapa dia menyesal. Dia terus menghentukkan kepalanya ke diniding tetapi apa gunanya, Kalau dia menangis air mata darah sekali pun, perkara yang terjadi tidak dapat diubah kembali.

Oleh itu wahai anak anak muda di luar sana, jawablah panggilan telefon dari keluarga tidak kira masa dan di mana. terutamanya kalau panggilan telefon itu adalah di masa masa yang tidak diduga. waktu tengah malam ke, awal pagi ke, atau bila bila saja. Jawab telefon agar tidak menyesal yang tidak berkesudahan. Selalulah telefon rumah untuk bertanya khabar. Bukannya mahal sangat satu panggilan telefon kepada ibu bapa jika dibandingkan dengan nilai wang yang ibubapa belanja untuk membiayai pendidikan seseorang anak.telefon lah ibu dan bapa. jangan biarkan mereka ternanti nanti. jangan menyesal . jangan menyesal di kemuadian hari

Sunday, June 24, 2012

Petua Semarak Cinta(Dato' Fadzilah Kamsah)

Aspek kehidupsn ysng sering terlepas pandang iaitu Semarakkan Cinta Dalam Rumah Tangga.

1.Bersyukur yang anda mempunyai pasangan sebab ramai lagi yang tidak mempunyai pasangan.
2. Cinta yang murni harus berteraskan iman dan taqwa.
3.Terima dan sayangi pasangan seadanya,tanpa sebarang syarat.
4. Kekalkan sifat sifat positif dan bentuk sifat sifat baru yang disukai atau diharapkan pasangan.
5. Jadikan pasangan kita kawan paling akrab, Ramai pasangan gagal mengamalkan petua ini.
6. Sentiasa memuji dan menghargai pasangan.Pujian daripada pasangan adalah 10kali lebih baik dan   berharga dari pujian orang lain.
7. Sentuhan dan belaian sayang amat penting dalam semarakkan cinta. Memang ada magis dalam sentuhan.
8. Membentuk amalan amalan romantis yang dilakukan setiap hari-pelukan,panggilan "sayang", cubit mencubit, baring di ribaan dan berpegangan tangan.
9. Rawat hati dan emosi yang terluka dengan doa.kemaafan dan redha.Cinta mudah pudar akibat luka lama yang belum pulih sepenuhnya.
10. Kenangan manis sebagai 'anchor' atau pencetus memori indah untuk membugarkan cinta.

Perkahwinan Anakku

Anakku bernama Khirol Azuddin Bin Amir Noordin. kini dia berkhidmat sebagai guru Bahasa Inggeris di SMK Seri Tanjung, Benut Pontian Johor. Baru baru ini dia telah melangsungkan perkahwinanya dengan gadis pilihan hatinya Izzaida Fadya Binti Che Ibrahim. Mereka kini bergelar suami isteri yang sah.

Alhamdulilah kedua dua majlis di Sungai Petani dan Kulim Kedah telah berjalan dengan lancar. Pada hemat akulah. Allah telah mengkabulkan segala doaku dan permohonanku yang bersangkut paut dengan urusan perkahwinan itu. Memang  urusan perkahwinan bukanlah  perkarayang mudah. Ini merupakan pengalaman kami suami isteri untuk kali yang pertama dan terakhir. Kalau bagus pun yang itu dan kalau tak bagus pun yang itu. Kerana kami hanya mempunyai seorang anak.

Dari feedback yang kami dapat, ramai yang memuji majlis yang kami anjurkan Tentulah yang akan disampaikan kepada kami hanyalah yang baik baik saja. Yang tidak baik tidak akan disampaikan kepada kami. Kalau ada mereka akan bercakap di belakang supaya hati kami tidak terguris.Dari apa yang kami dapat ramai yang memuji makanan yang dihidangkan semuanya sedap sedap belaka. Mula dari sajian nasi oleh Jintan Manis Catering sehinggalah ke side cafe yang kami buat. Nasi sedap, lauk sedap, laksa sedap, cucur udang sedap, ais kacang sedap dan bubur pulut hitam pun sedap. Air minuman berbagai perisa, Very 'colourful' dan keadaan kenduri sangat meriah dan ramai tetamu yang hadir. Alhamdu;ilah.

Tetapi aku rasa ada juga yang tidak kena. Bukan semua tetamu dapat doorgift yang kami sediakan kerana ada di antara mereka yang datnag dari belakang manakala kami menuggu tetamu di bahagian hadapan Kesilapankua adalah tidak meminta salah seorang pembantu ku pergi dari meja ke meja dan pastikan semua tetamu dapat. Semua berkumpul di bahagian hadapan menyebab banyak doorgift itu yang tidak dapat disampaikan kepada tetamu. Banyak yang berlebihan.
Seterusnya rombongan pengatin tidak disambut dengan sempurna. Salah aku kerana tidak memberi tugas kepada sanak saudara semasa mereka tiba. Terlalu banyak dalam fikiran sehingga aku lupa untuk memberi taklimat dan memberi tahu tugas tugas kepada mereka..Walaupun ada dalam perancangan tetapi tidak terlaksana.

Aku tidak sempat  untuk menyambut dan berbual dengan rombongan pengatin. dan aturcara majlis itu tidak ditaklimatkan kepada pengacara majlis,DJ. Walau  bagaimanapun mujur ada adikku Cikgu Noraini dan anak saudaraku Maria dan jiran tetanggaku Izzah dan kakMa yang telah menguruskan hal dibelakang tabir dengan baik sekali. Kepada adik adikku yang yang lain, Halim, Rahim,KakJah, Atan, Nor, Anis, Anne , Akmal, Radzi, Mat Aris. Liza. Norsyamsul  dan keluarga mereka aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas segala pertolongan yang dihulur. Ada yang menghulur bantuan wang dan sponsor barang2. makngah sponsor 1000 biji telur. Maria sponsor satu kotak bunga telur. Aini sponsor nasi lemak yang dimakan pada pagi hari kenduri, Nor Atan sponsor dua biji kek dari Sarawak, Halim sponsor 100 biji telur masin. Rahim dan Ros sponsor Tapai yang dibawa khas dari Melaka. Nor Halim sponsor kuih bahulu dan biskut, Jee dari KL sponsor tiga balang kuih dan biskut Oreo yang disalut cokolat.Terima kasih banyak banyak atas sumbangan itu.

Tak kurang juga yang memberi sumbangan wang dan tenaga kerja. Kepada Ali Minah sekeluarga ucapan terima kasih kerana sudi datang dan meminjamkan kereta Cefero untuk dijadikan kereta pengantin. kepada Anwar yang sanggup datang dari Singapore, menyewa hotel selama 4 hari dan bersama sama meraikan majlis perkahwinan anak kami. Budi anda semua akan dikenang sehingga mati

Ucapan terima kasih khas diucapkan kepada Kakma  , Adli sekeluarga, Murdipi suami isteri yang juga banyak membantu, Tanpa bantuan mereka susah kami.Ucapan ribuan terima kasih kepada anda semua.Hutang emas boleh dibayar hutang budi dibawa mati.Terima  kasih.

Akhir kata sesungguhnya saya sekarang merasa sungguh bersyukur kerana majlis selamat dijalankan tanpa ada perkara yang tidak baik berlaku. Adalah sedikit salah faham adik beradik, tersilap cakap dan terguris hati, Lupakan itu semua,Jadikan majlis kami sebagai pengajaran dan iktibar. Yang baik dijadikan teladan yang tidak baik dijadikan sempadan

Kepada aanakku Khirol Azuddin dan menantuku Izzaida Fadhya, selamat pengantin baru. selamat menempuh alam berumahtangga dengan hati yang tenang dan tabah. Berbincanglah elok elok dalam  semua perkara. Belajar menyesuaikann diri dengan kehidupan yang baru ini, Semoga jodoh berkekalan sehingga ke syurga. insyaAllah Abah dan Mama harapkan kamu berdua akan dimurahkan rezeki dan hidup senang di masa hadapan.

Selamat Pengantin Baru..