Thursday, June 28, 2012

Akibat Tidak Menjawab Panggilan Telefon

Dalam dunia yang serba canggih ini perhubungan antara manusia telah dipermudahkan oleh kemajuan teknologi.Kita mudah berhubung dengan sesiapa sahaja di mana mana bahagian di dunia ini sama ada melalui telefon, internet, facebook twitter, skype dan lain lain lagi, Alat perhubungan yang boleh dikatakan dimiliki oleh kebanyakan orang ialah telefon tangan atau handset. Dari anak kecil tadika, sekolah rendah , sekolah menengah , Institut Pengajian Tinggi dan orang dewasa  semuanya ada telefon tangan atau handset. Kanak kanak sekolah diberi handset oleh ibubapa mereka dengan tujuan supaya anak anak mereka senang menghubungi ibubapa apabila kelas tamat atau kelas tambahan tamat. Walau apapun tujuan pemberian handset itu, ada yang membawa kebaikan dan tak kurang pula yang membawa kecelakaan.

Tak kisahlah tentang itu, tetapi kali ini saya ingin membicarakan tentang anak anak muda dan remaja yang kerap tidak mahu menjawab panggilan telefon, terutama dari keluarga terutama dari ibu atau bapa mereka, Mereka bosan menjawab panggilan itu kerana mereka sudah menduga selalunya panggilan itu akan bertanyakan mereka berada di mana, sudah makan ke belum , sudah buat kerja sekolah atau asignment atau belum. kadang kadang mereka menganggap ini sebagai leteran dan suka tahu hal mereka. Mereka gagal memikirkan sudah menjadi tanggungjawab ibu bapa mereka untuk mengetahui aktiviti mereka. mereka bosan, sungguh bosan dengan panggilan telefon yang sebegini. Oleh itu ramai daripada anak anak mereka termasuk anak saya tidak suka menjawab telefon teritama dari keluarga.Kadang kadang kita terima jawaban ringkas. tengah makan Ni. Atau tengah buat aisngment ni. selalunya panggilan itu tidak dijawab langsung.. Si ibu disebabkan kerisauan terus membuat panggilan tanpa henti. risau kalau tidak mendengar berita dari anak anak mereka.Kadang kadang kesian kepada si ibu selalunya. kerana si ibulah yang kerap menanya khabar jika dibandngkan dengan si bapa.Ramai iui yang memendam rasa dan kecewa dengan sikap anak anak mereka,

Di sini ingin saya mencoretkan satu kisah benar, yang mengundang kekesalan yang amat sangat kepada si anak yang tidak mahu menjawab panggilan telefon ibunya.

Kisah ini berlaku kepada sebuah keluarga seorang ahli politik yang tinggal di taman Sejahtera Lunas Kulim Kedah.Keluarga ini mempunyai beberapa orang anak.Dan salah seorang anaknya baru mendirikan rumahtangganya.Anak ini kerap tidak mahu menjawan panggilan telefon dari ibunya kerana dia anggapkan ibunya sebagai seorang yang penyebuk dan seorang yang suka tahu di mana dia berada. Dia juga menganggap ibunya sebagai seorang pengacau terutamanya kerana dia baru mendirikan rumahtangga.

Pada suatu hari si ibu membuat panggilan kepada anak ini beberapa kali. tetapi tidak dijawab oleh si anak ini. Adik beradik yang lain pun membuat panggilan telefon tetapi satu pun tidak dijawab. Ahli keluarganya tidak berputus asa , masih lagi membuat panggilan telefon tidak berhenti henti selama dua hari berturut turut, Akhirnya mereka putus asa dan tidak membuat panggilan telefon lagi kepada anak lelakinya ini.

Selepas dua hari, baru si anak ini balik ke rumahnya. Di hadapan rumahnya dia mendapti ramai orang berkumpul. maklumlah bapanya adalah seorang ahli politik. Dai nampak ramai orang. Mereka ini berpakaian seolah olah ada jenazah di rumahnya, Dia cepat cepat meluru masuk ke rumah dan dia dapati mayat bapanya terbaring di tengan ruang tamu.Bapanya telah meninggal dunia.

Dia bertanyakan ibunya kenapa tak maklumkan kepadanya. Ibunya menjawab mereka telah cuba menghubunginya berkali kali selama dua hari, tetapi dia tidak menjawab telefon. Ibunya memberitahu bahawa mereka cuba menghubunginya kerana hendak memberi tahu bahawa bapanya telah dimasukkan ke ICU hospital Kulim.Jika sekiranya dia menjawab panggilan telefon itu sudah pasti dia sempat bejumpa dengan bapanya sebelum bapanya menghembuskan nafas yang terakhir. Anak lelalki ini menyesal yang amat sangat. terus dia menghentukkan kepalanya ke dinding berkali kali tanpa henti menunjukkan betapa dia menyesal. Dia terus menghentukkan kepalanya ke diniding tetapi apa gunanya, Kalau dia menangis air mata darah sekali pun, perkara yang terjadi tidak dapat diubah kembali.

Oleh itu wahai anak anak muda di luar sana, jawablah panggilan telefon dari keluarga tidak kira masa dan di mana. terutamanya kalau panggilan telefon itu adalah di masa masa yang tidak diduga. waktu tengah malam ke, awal pagi ke, atau bila bila saja. Jawab telefon agar tidak menyesal yang tidak berkesudahan. Selalulah telefon rumah untuk bertanya khabar. Bukannya mahal sangat satu panggilan telefon kepada ibu bapa jika dibandingkan dengan nilai wang yang ibubapa belanja untuk membiayai pendidikan seseorang anak.telefon lah ibu dan bapa. jangan biarkan mereka ternanti nanti. jangan menyesal . jangan menyesal di kemuadian hari

No comments:

Post a Comment