Sunday, June 24, 2012

Perkahwinan Anakku

Anakku bernama Khirol Azuddin Bin Amir Noordin. kini dia berkhidmat sebagai guru Bahasa Inggeris di SMK Seri Tanjung, Benut Pontian Johor. Baru baru ini dia telah melangsungkan perkahwinanya dengan gadis pilihan hatinya Izzaida Fadya Binti Che Ibrahim. Mereka kini bergelar suami isteri yang sah.

Alhamdulilah kedua dua majlis di Sungai Petani dan Kulim Kedah telah berjalan dengan lancar. Pada hemat akulah. Allah telah mengkabulkan segala doaku dan permohonanku yang bersangkut paut dengan urusan perkahwinan itu. Memang  urusan perkahwinan bukanlah  perkarayang mudah. Ini merupakan pengalaman kami suami isteri untuk kali yang pertama dan terakhir. Kalau bagus pun yang itu dan kalau tak bagus pun yang itu. Kerana kami hanya mempunyai seorang anak.

Dari feedback yang kami dapat, ramai yang memuji majlis yang kami anjurkan Tentulah yang akan disampaikan kepada kami hanyalah yang baik baik saja. Yang tidak baik tidak akan disampaikan kepada kami. Kalau ada mereka akan bercakap di belakang supaya hati kami tidak terguris.Dari apa yang kami dapat ramai yang memuji makanan yang dihidangkan semuanya sedap sedap belaka. Mula dari sajian nasi oleh Jintan Manis Catering sehinggalah ke side cafe yang kami buat. Nasi sedap, lauk sedap, laksa sedap, cucur udang sedap, ais kacang sedap dan bubur pulut hitam pun sedap. Air minuman berbagai perisa, Very 'colourful' dan keadaan kenduri sangat meriah dan ramai tetamu yang hadir. Alhamdu;ilah.

Tetapi aku rasa ada juga yang tidak kena. Bukan semua tetamu dapat doorgift yang kami sediakan kerana ada di antara mereka yang datnag dari belakang manakala kami menuggu tetamu di bahagian hadapan Kesilapankua adalah tidak meminta salah seorang pembantu ku pergi dari meja ke meja dan pastikan semua tetamu dapat. Semua berkumpul di bahagian hadapan menyebab banyak doorgift itu yang tidak dapat disampaikan kepada tetamu. Banyak yang berlebihan.
Seterusnya rombongan pengatin tidak disambut dengan sempurna. Salah aku kerana tidak memberi tugas kepada sanak saudara semasa mereka tiba. Terlalu banyak dalam fikiran sehingga aku lupa untuk memberi taklimat dan memberi tahu tugas tugas kepada mereka..Walaupun ada dalam perancangan tetapi tidak terlaksana.

Aku tidak sempat  untuk menyambut dan berbual dengan rombongan pengatin. dan aturcara majlis itu tidak ditaklimatkan kepada pengacara majlis,DJ. Walau  bagaimanapun mujur ada adikku Cikgu Noraini dan anak saudaraku Maria dan jiran tetanggaku Izzah dan kakMa yang telah menguruskan hal dibelakang tabir dengan baik sekali. Kepada adik adikku yang yang lain, Halim, Rahim,KakJah, Atan, Nor, Anis, Anne , Akmal, Radzi, Mat Aris. Liza. Norsyamsul  dan keluarga mereka aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas segala pertolongan yang dihulur. Ada yang menghulur bantuan wang dan sponsor barang2. makngah sponsor 1000 biji telur. Maria sponsor satu kotak bunga telur. Aini sponsor nasi lemak yang dimakan pada pagi hari kenduri, Nor Atan sponsor dua biji kek dari Sarawak, Halim sponsor 100 biji telur masin. Rahim dan Ros sponsor Tapai yang dibawa khas dari Melaka. Nor Halim sponsor kuih bahulu dan biskut, Jee dari KL sponsor tiga balang kuih dan biskut Oreo yang disalut cokolat.Terima kasih banyak banyak atas sumbangan itu.

Tak kurang juga yang memberi sumbangan wang dan tenaga kerja. Kepada Ali Minah sekeluarga ucapan terima kasih kerana sudi datang dan meminjamkan kereta Cefero untuk dijadikan kereta pengantin. kepada Anwar yang sanggup datang dari Singapore, menyewa hotel selama 4 hari dan bersama sama meraikan majlis perkahwinan anak kami. Budi anda semua akan dikenang sehingga mati

Ucapan terima kasih khas diucapkan kepada Kakma  , Adli sekeluarga, Murdipi suami isteri yang juga banyak membantu, Tanpa bantuan mereka susah kami.Ucapan ribuan terima kasih kepada anda semua.Hutang emas boleh dibayar hutang budi dibawa mati.Terima  kasih.

Akhir kata sesungguhnya saya sekarang merasa sungguh bersyukur kerana majlis selamat dijalankan tanpa ada perkara yang tidak baik berlaku. Adalah sedikit salah faham adik beradik, tersilap cakap dan terguris hati, Lupakan itu semua,Jadikan majlis kami sebagai pengajaran dan iktibar. Yang baik dijadikan teladan yang tidak baik dijadikan sempadan

Kepada aanakku Khirol Azuddin dan menantuku Izzaida Fadhya, selamat pengantin baru. selamat menempuh alam berumahtangga dengan hati yang tenang dan tabah. Berbincanglah elok elok dalam  semua perkara. Belajar menyesuaikann diri dengan kehidupan yang baru ini, Semoga jodoh berkekalan sehingga ke syurga. insyaAllah Abah dan Mama harapkan kamu berdua akan dimurahkan rezeki dan hidup senang di masa hadapan.

Selamat Pengantin Baru..


No comments:

Post a Comment