Friday, February 24, 2012

Cari Rumah lagi

Pada 20Februari 2012 selepas anakku selesai menerima taklimat dari JPN Johor kami terus ke Benut sekali lagi. Terus ke SMK Sri Tanjung kerana  guru guru  baru diminta melaporkan diri pada hari itu juga.Sesampai kami di SMK Sri Tanjung, sesi sekolah sudah berakhir. Dalam kepenatan anakku bergegas ke Pejabat untuk melaporkan diri. Dia berjumpa dengan Penolong Kanan .Biasalah  Penolong Kanan itu tanya macam macam. Boleh ICT ke, boleh main permainan apa, Persatuan apa, Pasukan beruniform apa dan lain lain. Sejurus kemudian anakku turun ke kantin sekolah di mana kami berdua menunggunya. Anakku memberi tahu guru yang diminta tolong cari rumah itu memberi tahu dia tidak dapat mencari rumah, Rumahnya yang diduduki oleh gurgu guru bujang pun sudah penuh. Hatikku sedih  dan berfikir di mana agaknya kami hendak bermalam untuk malam itu kerana di Benut memang tidak ada Hotel. Air mataku mula mengalir sedikit demi sedikit. Kesedihan yang amat sangat.

Setelah berhenti seketika untuk menghilangkan penat. kami terus ke kawasan pekan. Ditakdir kami termasuk ke satu lorong dan ternampak sebuah Homestay. kami menuju ke Homestay tersebut dan secara kebetulan penjaga Homestay itu ada di hadapan rumahnya.Kami pun bertanya sama ada HomeStay itu ada penyewa atau tidak, Katanya"Tidak ada". Syukur Alhamdulilah ada tempat untuk kami bermalam untuk malam itu.

Penjaga Homestay itu memanggil  Pemilik Homestay itu untuk membincangkan harga sewa. Setelah mendengar masalah kami dia mengenakan sewa sebanyak RM120 dan kami boleh tinggal di situ sehingga kami dapat mencari rumah sewa. Sekali lagi bersyukur kami kepada Allah SWT.Dengan usaha Yati(Penjaga Homestay) dan cikgu Noraini(guru di SRK Sanglang kami berjaya mendapat rumah sewa di Taman Benut Utama . Rumah teres dua tingkat, yang tidak pernah diduduki oleh cikgu Nong Chik(pemilik rumah itu)  Anakku dapat duduk rumah yang elok dan  selesa. Setelah membersihkan rumah itu kami pun memindahkan barang yang tidak  seberapa ke rumah itu. Kami suami isteri dapat bermalam di rumah itu satu malam , Kami berangkat pulang ke Kedah pada 23Februari 2012.Pada hari itu apabila anakku bertolak ke sekolah kami pun bertolak balik.Perjalanan mengambil masa lebih kurang 7.30 jam (7.00 pagi hingga 2.30 petang)

Thursday, February 23, 2012

Taklimat JPN Johor

Kami bertolak dari Benut pada 19 Februari 2012 selepas gagal untuk mendapatkan rumah sewa. Fikiran ku berkecamuk. Macam macam bermain di kepala. Gunakan GPS untuk ke Hotel Seri Malaysia dan kami sampai di sana lebih kurang jam 12 tengah hari. Tidak boleh "check in" sebab masa "{check in" ialah pukul 2 petang. Kami duduk dan berlegar legar sebentar di lobby. Akhirnya kami berjalan kaki ke satu bangunan dekat dengan stesen bas untuk mengisi perut yang sudah mula berkeroncong.Makanan biasa tetapi tidak menepati selera orang utara.Agak mahal kalau dibandingkan dengan tempat kami di utara. Balik ke Hotel dan "check in." mandi dan berehat seketika .

Pada sebelah petang kami keluar mencari di mana JPN Johor, Tidak jauh dari hotel penginapan kami, Selepas itu kami ke sebuah Mall(lupa namanya) Mencari HQ maxis kerana di Benut hanya boleh dapat maxis.Jjumpa  tetapi sebab hari Ahad anakku tidak dapat  register. Kami makan MC Donald kerana di Benut tidak ada Mc Donald." Last Mc Donald meal for my son."

Seterusnya kembali ke Hotel. Boring tak tau nak buat apa. minta anakku contact kawannya Aizat. Ingin berjumpa dengan emak Aizat, Kami berjumpa dan berbual bertukar cerita pasal tempat posting anak masing masing. Aizat dapat di Layang Layang. Jalan masuk sangat jauh . 5o kilometer dari Simpang Renggam, jalan ke sekolah melalui kebun kelapa sawit.. kedua dua ibu sangat susah hati mengenangkan nasib anak anak mereka.Kemudian mak Aizat kata dia nak belanja makan di Hotel. Lama menunggu makanan yang dipesan. Sementara itu kami bersembang lagi. Kepada Puan Asmah yang sudi belanja makan, semoga Allah akan murahkan rezekinya lagi. Dia pesara. saya pun pesara.

Esok paginya kami berjumpa di Dewan makan pada jam 7 pagi.Kali ini berjumpa dengan seorang lagi kawan anakku yang bernama Afiq dari Perlis, Dia ke Johor dihantar oleh kedua ibubapanya. berbual tidak panjang kerana guru guru baru ini terpaksa bergegas ke JPN Johor.Mereka dijemput oleh seorang lagi kawan mereka yang merupakan anak jati Johor.

Ibubapa tidak dibenarkan menunggu semasa guru guru ini diberi taklimat. Taklimat mengambil masa yang agak lama dari 8 hingga 1 petang. Lebih kurang 12.30 dapat sms dari anak menyuruh kami berdua menjemputnya di JPN. ke JPN Johor, mujur ada GPS. Kami sampai .

Aku nampak semua guru baru ini tergesa gesa. Mereka kelihatan lapar dan mereka makan" packed lunch" yang diberi oleh JPN JohorKemudian kami sekeluarga terus ke Benut untuk mencari rumah sewa lagi dan anakku dikehendaki melaporkan diri ke SMK Sri Tanjung. Kantin sekola sudah hendak ditutup
Duduk seketika di situ. Sejurus kemudian anak datang.   PK menyuruhnya datang lapor diri esok. JPN suruh lapor diri hari ini . Bercanggahkan

Kami terus meronda kawasan Taman perumahan lagi . Tidak ada pun rumah yang mempunyai tanda"Untuk di sewa" Tak ada. Susahlah macam ni kalau hendak cari rumah sewa. Kami bercadang  bermalam dihotel tetapi apabila tanya orang mereka kata Benut tidak ada hotel.

Telah ditakdirkan oleh Allah secara kebetulan kami termasuk satu lorong, Di situ kami ternampak sebuah homestay.Homestay Tawakkal. Secara kebetulan pengurus homestay tadi biasa tinggal di Baling. Kami maklumkan bahawa kami mencari rumah sewa untuk anak yang baru dapat posting di Benut. Sementara itu kami mahu menginap di situ. Dia memanggil pemilik  homestay dan kami maklumkan tujuan kami, Pemilik  homestay itu sangat baik walaupun mukanya pada peringkat awal tidak menggambarkannya . Setelah dia tahu tujuan kami dan mungkin belas melihat keadaan kami  dia hanya mengenakan sewa RM 120 untuk kami tinggal di situ sehingga mendapat rumah sewa. Tetapi kalau ada tempahan kami terpaksa keluat. Sewa untuk semalam ialah Rm 120. Kami bersyukur banyak banyak dan mula membawa barangan kami naik ke rumah.

Pada ketika itu ada seorang guru yang baru balik dari sekolah sampai ke situ untuk mengambil annaknya yang ditempatkan dirumah pengurus homestay tadi. Pengurus homestay tadi tanya pada guru itu sama ada dia tahu ada rumah untuk disewakan atau tidak, guru itu cikgu Noraini terus menelefon kawannya yang hendak sewa rumah. Malangnya isterinya masuk hospital pula. Walau bagaimanapun dia janji selepas magrib dia akan contact balik dan   beritahu sama ada tuan rumah itu hendak sewakan rumahnya atau tidak. Tinggu lagi kami dengan penuh kerisauan

Tak sabar, dari menunggu dia kami telefon dia dan dia membawa kami pergi tengok keadaan rumah dulu, Rumah okay dan kami bersetuju untuk menyewanya. Dia bagi contact nombor tuan rumah dan menyuruh anakkua bercakap sendiri dengan tuan rumah. Dia maklumkan dia tidak dapat datang hari itu sebab ada kelas tambahan . esok selepas pukul 5 petang baru dia boleh datang dan menyerahkan kunci. Kami terpaksa tunggu lagi di homestay itu sehingga hari esok.


(*Bersambung)

Benut ooo Benut

Pada tanggal 18 Februari  kami sekeluarga bergegas memulakan perjalanan kami ke Selatan sejurus selepas solat Subuh. Kami mula bertolak dari rumah pada jam 6.55 pagi. Berhenti sarapan di RnR Bukit Merah dan berhenti untuk solat Zohor dan makan tengah hari di RnR Sungai Buluh. Ketika itu jam lebih kurang menunjukkan pukul 12 tengah hari dan jika sekiranya hendak ke Melaka ke rumah adikku kami rasa terlalu awal Jadi kami melencong ke kuala Pilah untuk menziarahi kakak angkat suamiku yang akan ke Mekah mengerjakan Umrah, Selepas makan tengah hari sekali lagi kami terus bertolak ke Taman Indah Sungai Udang Melaka.

Kami sudah biasa ke sana, Kali ini anakku bertekad hendak ke sana berdasar tunjuk arah GPS. Malangnya kali ini kami tidak sampai ke destinasi secepat dan setepat yang dijangkakkan.GPS berpusing pusing mencari Jalan 8 Taman Indah Sungai Udang. Bila tak sampai aku telefon adikku bertanyakan arah ke rumahnya, GPS menyesatkan kami. Berdasarkan arahan dari telefon kami akhirnya sampai ke destinasi. Kami hairan mengapa GPS tidak dapat membawa kami ke destinasi kami, Rupa rupanya di Taman Indah itu semua jalan dinomborkan. Ada jalan tujuh, ada jalan 8, ada jalan sembilan. cari  cari punya cari jalan 8 memang tidak ada. Sebab itulah GPS membawa kami ke seluruh Melaka  dan membawa kami ke Taman yang Salah. Taman Indah juga tetapi di kawasan lain, Taman Indah yang ada jalan nombor 8.

Ini bermakna kita tidak boleh bergantung sepenuhnya pada GPS. GPS boleh menyesatkan kita
Sampai di rumah adikku lebih kurang jam 4 petang. Pada malamnya kami dihidangkan dengan nasi , ayam bakar, ikan bakar, goreng tempe dan masak lemak cili api ikan tenggiri. Selepas makan kami berbual bual
sehingga larut malam, bagun pagi awal dan bertolak ke Benut juga selepas subuh.

Dari Sungai Udang kami berpatah balik dan keluar balik ke Tol Air Keroh. Teruskan perjalanan keluar di susur keluar ke SImpang Renggam.Dari Simpang Renggam ke Benut lebih kurang 18 kilometer. Melalui jalan yang di kelilingi rumah kampung di kiri kanan jalan raya. Rumah kampung agak berjarak dengan pokok pokok kelapa sawit. Suasana nyaman tetapi agak sunyi.
Lebih kurang pukul 12 tengah hari kami sampai  di hadapan SMK Sri Tanjung Benut. Sekolah Menengah Gred B. Bersoal jawab dengan pengawal keselamatan sekolah  dan dia membawa kami berjumpa dengan seorang guru cikgu Zabariah yang sedang menjalankan program motivasi kepada Pengawas sekolah.
Dapat informasi bahawa sekolah itu memang memerlukan guru Bahasa Inggeris, Dia memberi tahu juga bahawa pelajar pelajar sekolah itu terdiri dari Melayu , India dan Cina. Pelajar pelajar agak nakal tetapi kenakalan mereka dapat dibendung.

Seterusnya kami berusaha untuk mencari rumah sewa. Jenuh pusing beberapa buah Taman Perumahan tetapi tidak nampak pun tanda tanda ada rumah yang hendak disewakan. Fikiran ku rungsing sekali memikirkan di manakah anakku akan tinggal nanti apabila bertugas di Benut.Kami ambil keputusan untuk terus ke Johor Baharu dan menginap di sana kerana keesokan harinya anakku dikehendaki menghadiri taklimat yang akan diberi oleh JPN Johor

(Bersambung)

Saturday, February 11, 2012

Tak Faham Bahasa Inggeris ke apa?

Hari ini Sabtu 11 Februari aku ke Tesco Kulim membeli barangan dapur. Aku menerima   NotIfication dari Tesco yang menyatakan setiap pembelian Rm 100 akan diberi Voucher bernila RM10. Barang yang aku beli tadi lebih RM 300. Anakku tanya pada cashier kalau beli RM 200 dapat berapa voucher. Dia kata buat separate bil boleh dapat dua voucher.

Jadi dengan nilai barangan yang aku beli tadi, aku akan mendapat tiga voucher. memang dapat tiga voucher pun. Maknanya aku dapat RM30 . Aku pun suruh anakku masuk balik Tesco dan beli  barangan bernilai sedemikian.
Lama aku tunggu dia di food court. Sampai nak lena, Bila aku panggung kepala aku nampak dia balik dengan muka yang berang. Ku tanya "Pasal apa?"

Dia kata kena beli barang gunakan voucher tu cukup cukup bernilai RM30.. Barang yang dipilihnya tak sampai pun Rm 30. Selalunya kalau kita pakai voucher kalau kita beli barang kurang dari nila voucher , lebihan wang tidak an dipulangkan;Semua orang tahu peraturan ini, tetapi di Tesco yang aku pergi tadi tak boleh walaupun ada tercatat di belakang voucher tu bahawa kalau ada lebihan dari voucher tadi tidak akan dipulangkan. Anak aku  menunjukkan "clause" ini yang tercatat di belakang voucher tu, Cashier tu kata tak boleh. Pelik, tetapi itulah yang terjadi.
Anakku pun berang dan dia meletakkan balik barangan yang diambilnya dan datang jumpa aku

Aku katakan padanya " Mereka tidak mempunyai guru Bahasa Inggeris yang bagi mereka faham Bahasa Inggeris. Jadi bila u jadi guru Bahasa Inggeris, ajar  pelajar pelajar faham Bahasa Inggeris dan tahu bercakap Bahasa Inggeris"

Kesimpulannya Cashier itu tidak faham Bahasa Inggeris atau tidak tahu Bahasa Inggeris

Thursday, February 2, 2012

Pesanan dari mama

Kepada anakku yang akan bakal menjejakkan kaki ke dunia pekerjaan, bersedialah dari berbagai aspek: Aspek  Fisikal, moral dan spritual kerana banyak dugaan dan cabaran yang akan anakku tempuhi. Sejarah akan berputar semula. Mungkin apa yang anakku akan lalui tidak sama dengan apa yang mama lalui 36 tahun yang lalu. Dunia pendidikan telah banyak berubah mengikut peredaran zaman.
   
Kepada kawan kawan anakku yang juga akan menempuhi dunia pekerjaan dan dunia pendidikan selamat maju jaya. Berbanggalah menjadi seorang guru. Di tangan mu akan terlahir ramai orang -orang yang berjaya. Kamu akan tersenyum nanti bila melihat anak anak didikmu berjaya. Mereka nanti akan memiliki kereta mewah dan besar,banglo yang berjuta harganya, harta yang ternilai harganya.Berbanggalah dengan kejayaan mereka.

Didiklahlah mereka.