Friday, February 24, 2012

Cari Rumah lagi

Pada 20Februari 2012 selepas anakku selesai menerima taklimat dari JPN Johor kami terus ke Benut sekali lagi. Terus ke SMK Sri Tanjung kerana  guru guru  baru diminta melaporkan diri pada hari itu juga.Sesampai kami di SMK Sri Tanjung, sesi sekolah sudah berakhir. Dalam kepenatan anakku bergegas ke Pejabat untuk melaporkan diri. Dia berjumpa dengan Penolong Kanan .Biasalah  Penolong Kanan itu tanya macam macam. Boleh ICT ke, boleh main permainan apa, Persatuan apa, Pasukan beruniform apa dan lain lain. Sejurus kemudian anakku turun ke kantin sekolah di mana kami berdua menunggunya. Anakku memberi tahu guru yang diminta tolong cari rumah itu memberi tahu dia tidak dapat mencari rumah, Rumahnya yang diduduki oleh gurgu guru bujang pun sudah penuh. Hatikku sedih  dan berfikir di mana agaknya kami hendak bermalam untuk malam itu kerana di Benut memang tidak ada Hotel. Air mataku mula mengalir sedikit demi sedikit. Kesedihan yang amat sangat.

Setelah berhenti seketika untuk menghilangkan penat. kami terus ke kawasan pekan. Ditakdir kami termasuk ke satu lorong dan ternampak sebuah Homestay. kami menuju ke Homestay tersebut dan secara kebetulan penjaga Homestay itu ada di hadapan rumahnya.Kami pun bertanya sama ada HomeStay itu ada penyewa atau tidak, Katanya"Tidak ada". Syukur Alhamdulilah ada tempat untuk kami bermalam untuk malam itu.

Penjaga Homestay itu memanggil  Pemilik Homestay itu untuk membincangkan harga sewa. Setelah mendengar masalah kami dia mengenakan sewa sebanyak RM120 dan kami boleh tinggal di situ sehingga kami dapat mencari rumah sewa. Sekali lagi bersyukur kami kepada Allah SWT.Dengan usaha Yati(Penjaga Homestay) dan cikgu Noraini(guru di SRK Sanglang kami berjaya mendapat rumah sewa di Taman Benut Utama . Rumah teres dua tingkat, yang tidak pernah diduduki oleh cikgu Nong Chik(pemilik rumah itu)  Anakku dapat duduk rumah yang elok dan  selesa. Setelah membersihkan rumah itu kami pun memindahkan barang yang tidak  seberapa ke rumah itu. Kami suami isteri dapat bermalam di rumah itu satu malam , Kami berangkat pulang ke Kedah pada 23Februari 2012.Pada hari itu apabila anakku bertolak ke sekolah kami pun bertolak balik.Perjalanan mengambil masa lebih kurang 7.30 jam (7.00 pagi hingga 2.30 petang)

No comments:

Post a Comment